Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini

Tahun lalu, peminat jenama Razer sedikit teruja kerana syarikat tersebut mula menembusi pasaran telefon pintar.

Terkenal sebagai pengeluar komputer serta perkakasan perkomputeran, Razer tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan peranti mudah alih kepada pengguna.



Usia Razer Phone kini sudah mencecah usia satu tahun dan bakal menyusul pada penghujung tahun 2018 adalah Razer Phone 2.

Ia telah didedahkan sendiri oleh Naib Presiden Razer Global, Chen Xiaoping pada acara ChinaJoy 2018 yang lalu.



Chen menyatakan model kedua syarikatnya itu akan menggunapakai cip pemprosesan terkini Qualcomm, tetapi tidak menyatakan secara spesifik versi yang mana. Berkemungkinan Snapdragon 845 atau mungkin juga cip yang semakin menjadi bualan ramai, Snapdragon 855.

Tiada perincian mengenai spesifikasi yang dikongsikan tetapi, kita boleh beranggapan ia bakal menampilkan ciri lebih baik dari keluaran sebelumnya.

Sumber: MyDrivers via Tech Radar