Razer Phone: Peranti Android Untuk Penggemar Permainan

Mungkin ada pernah dengar sebelum ini Razer sudah berkira-kira hendak memasuki segmen peranti telefon pintar. Segalanya sudah terjawab dengan Razer Phone yang disasarkan untuk mereka yang mahukan hiburan dan permainan dari telefon pintar.

Ciri-ciri yang paling menonjol adalah skrin paparan 120 Hz 'Ultramotion' dan teknologi audio Dolby Atmos. Saiz skirn berukuran 5.7 inci QHD IGZO LCD, cip Qualcomm Snapdragon 835 dengan ruang RAM sebesar 8GB. Hanya peranti OnePlus 5 sahaja yang memuatkan RAM sebesar 8GB.



Modul kamera belakang pula akan diletakkan kamera 12MP dan bateri berkapisiti 4,000 mAh yang boleh memberikan penggunaan sepanjang hari bergantung kepada cara penggunaan.



Dari segi harga pula, kita boleh menjangkakan mencecah RM 3,000 dengan tarikh rasmi jualan pada 17 November. Pengguna boleh mendapatkan peranti ini sekarang dengan cara pra-tempah.

Kredit gambar: The Verge