Hanya perlukan kurang dari 1 minit bagi siap memasang perkakasan komputer tersebut.
Razer dengan kerjasama rapat Intel telah berjaya membangunkan sebuah komputer meja berprestasi tinggi yang dinamakan sebagai Razer Tomahawk Gaming Desktop.
Komputer meja tersebut dibangunkan khusus untuk pemain tegar permainan komputer yang mahukan prestasi terbaik dalam permainan mereka.
Ap ayang menjadikannya lebih menarik adalah perkakasan Razer Tomahawk amat mudah dipasang di mana pengguna hanya memerlukan kurang daripada 1 minit bagi siap memasang kesemua perkakasan komputer tersebut ke dalam kerangka aluminium kompak Razer Tomahawk N1.
Razer Tomahawk Gaming Desktop dipadankan dengan perkakasan cip pemprosesan Intel Core-i9, DDR4 RAM 64GB dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super.
Ia juga dilengkapi dengan 2x sambungan Thunderbolt 3, 2x sambungan 1G Ethernet, 2x sambungan HDMI 2.0A dan 6x sambungan USB 3.2 Gen 2.
Selain itu, pengguna juga bukan saja boleh menaik taraf storan SSD dan RAM Razer Tomahawk, tetapi juga kipas penyejuk, kad grafik dan unit NUC keseluruhannya.
Bermakna, hampir kesemua perkakasan Razer Tomahawk boleh dinaik taraf dengan mudah.
Razer memaklumkan, Razer Tomahawk Gaming Desktop ini akan mula ditawarkan dalam separuh pertama tahun ini. Kerangka N1 Tomahawk juga akan ditawarkan sebagai aksesori berasingan bagi penggemar pembangun komputer.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengumuman tanda harga bagi komputer tersebut buat masa ini.
Berkaitan
- Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019
- Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video
- Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
- Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia - Razer Blade Stealth 13
- Razer Melancarkan Mikrofon 'Razer Seiren Emote'
- Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android
- "Jangan Pukul Orang Guna Pelapik Tetikus Gaming Kami" - Razer
- Razer Memperbetulkan Kecacatan Sistem Yang Mendedahkan 100 Ribu Data Pembeli Atas Talian
- Razer Mengumumkan eGPU Terbaru Razer Core X Chroma
- Razer Blade Studio Edition Kini Mula Ditawarkan. Komputer Riba Khusus Untuk Pembikin Filem