https://twitter.com/RazerPay/status/1014428202079408128
Pengguna aplikasi boleh membuat bayaran di 7-Eleven untuk membeli tambah nilai perkhidmatan telekomunikasi mereka, menghantar wang dan juga menambah kredit Razer Pay menggunakan akaun atas talian bank.
Antara bank yang terlibat adalah AmBank, CIMB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Untuk industri F&B (Food & Beverages) sebanyak 6000 peruncit utama seperti 7-Eleven, Starbucks, Wendy's, Kenny Rogers, Krispy Kreme dan 99 Speedmart turut serta menerima aplikasi Razer Pay di cawangan mereka.
Setiap pengguna baharu akan mendapat kredit bernilai RM 10 apabila mereka mendaftar masuk ke dalam aplikasi ini dan tawaran ini terbuka sehingga 30 September 2018.
Pengasas dan CEO Razer, Min-Liang Tan berkata:
Razer Pay akan membuat transaksi tunai harian pengguna menjadi lebih mudah. Kami akan melancarkan servis ini di Malaysia untuk pasaran pertama sebelum meluaskannya ke pasaran lain. Kami berharap usaha sama ini dapat membawa revolusi tanpa tunai kepada semua pengguna.
Sementara itu, pemilik Berjaya Group berkata yang setiap RM 10 dari pembelian pertama melalui aplikasi Razer Pay akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia.
Berkaitan
- Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza
- Razer Bakal Mengeluarkan Peranti Telefon Pintar?
- Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
- Lagi Helah ShopeePay Dibongkar, Ini Yang Anda Perlu Tahu
- Razer Lancar Opus X, Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif
- Fave Lancar "FavePay Later", Servis Pembayaran Ansuran Tanpa Faedah
- Razer Mamba Hyperflux, Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri
- Razer Turret Sasarkan Pengguna Xbox One Dengan Sokongan Papan Kekunci & Tetikus Di Ruang Tamu
- Razer Phone: Peranti Android Untuk Penggemar Permainan
- Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini