Ikuti kami di media sosial

Berita

Razer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Ultra Nipis Pertama Di Dunia – Razer Blade Stealth 13

ariff bukhari

Ditulis

pada

Dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10.

Razer di pameran elektronik IFA telah memperkenalkan komputer riba terbaru, Razer Blade Stealth 13. Razer menyatakan bahawa ia adalah komputer riba ultra nipis khusus untuk permainan video pertama di dunia.

Razer Blade Stealth 13 juga adalah antara komputer riba terawal yang dikuasakan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10 (Quad-Core  i7-1065G7 Processor with Hyper Threading 1.3 GHz / 3.9 GHz (Base/Turbo). Kuasa grafiknya pula dikuasakan oleh NVIDIA GeForce GTX 1650.

Razer Blade Stealth 13 ini hanya setebal 15.3mm dan seberat kurang dari 1.51kg sahaja (bergantung pada versi).

Ia turut dilegkapi dengan kapasiti RAM standad 16GB LPDDR4 3733MHz dual-channel onboard memory (Fixed) serta storan PCIe M.2 bersaiz 512GB.

Terdapat 2 warna pilihan ditawarkan iaitu Black Temper dan versi Mercury White. Model terbaru Razer Blade Stealth ini akan dijual pada harga bermula dari USD1,499 dan akan mula ditawarkan pada penghujung bulan September ini di laman rasmi Razer.com.

Pasaran terawal yang akan menerima kehadiran komputer riba ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Nordics, China, Australia, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Taiwan.

Sila layari laman muka Razer Blade Stealth 13 untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular