Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi ‘Spec’ Yang Lengkap Untuk Anda

Rantau Asia Mendahului Pelancaran 5G SA Berbanding Eropah

Diterbitkan Februari 24, 2025 · Dikemas kini Februari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Banyak penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia kini memberi keutamaan kepada peralihan seni bina teras 5G baharu dengan mod standalone (SA) yang dilihat masih secara berhati-hati.

Tetapi menurut kajian oleh Ookla, negara-negara di dalam rantau Asia Pasifik adalah yang paling ke depan di mana pada tahun 2024, tujuh daripada sepuluh negara teratas berdasarkan capaian 5G SA berada di Asia Pasifik yang mendahului di peringkat global dengan China (77.1% perkongsian sampel 5G SA), India (51.1%), dan Singapura (37.5%).

Rantau Asia Mendahului Pelancaran 5G SA Berbanding Eropah

Di luar Asia Pasifik, Amerika Syarikat juga berada di kedudukan tinggi dalam capaian 5G SA, walaupun hanya satu daripada tiga pengendali terbesar di negara itu yang telah melancarkan perkhidmatan secara komersial setakat ini.

Sebaliknya, hanya dua negara Eropah—Sepanyol dan Austria—berada dalam senarai sepuluh teratas.

5G Global
Status 5G SA dan 5G Non Standalone (NSA) di rantau Asia.

Ookla dalam laporannya, berkata, secara global, rangkaian 5G SA menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara dalam pelbagai metrik utama berbanding seni bina bukan kendiri (NSA).

Pada suku keempat 2024, kependaman median—salah satu manfaat utama peralihan ke teras 5G—adalah hampir 20% lebih rendah pada rangkaian 5G SA berbanding 5G NSA di Eropah dan China, serta lebih daripada 25% lebih rendah di Amerika Syarikat dan Jepun.

Walaupun menyaksikan peningkatan ini di peringkat global, potensi penuh 5G SA masih belum dimanfaatkan sepenuhnya di Eropah.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025
  • Rekod Terpantas Di Dunia Selesaikan Kiub Rubik 3x3x3 Dicatat Di Sepang

Sumber: Ookla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
©2026 WISER.MY