Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ransomware ‘Black Basta’ Makin Mengganas, Hampir Semua Industri Menjadi Sasaran

Ransomware ‘Black Basta’ Makin Mengganas, Hampir Semua Industri Menjadi Sasaran

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh ariff bukhari

Satu perisian hasad baharu ransomware yang dikenali sebagai Black Basta kini dikesan semakin mengganas selepas pertama kali ditemui dalam bulan April 2022 lalu.

Tetapi kehadiran ransomware ini terlebih dulu dikesan lebih awal iaitu dalam bulan Februari 2022 tetapi tiada nama baginya atau secara tepatnya “no_name_software“.

Penyelidik berpendapat pada ketika itu, ransonware ini masih dalam peringkat pembangunannya.

Menurut laporan oleh penyelidik keselamatan dari cybereason, walaupun baru beberapa bulan sahaja sejak ia ditemui, sudah hampir 50 pengguna sudah menjadi mangsa Black Basta.

ransomware 2
Selepas mengunci komputer mangsa, ransomware Black Basta bertindak memadam salinan sistem vssadmin.exe. untuk memaksa mangsa membayar wang kepada mereka.

Menurut cybereason lagi, paten serangan ransomware ini mencadangkan ia menyasarkan syarikat-syarikat yang berpangkalan di dalam negara-negara berbahasa Inggeris seperti United States, Canada, United Kingdom, Australia, and New Zealand.

Syarikat-syarikat itu pula meliputi pelbagai industri termasuklah pembuatan, automotif, kosmetik, telekomunikasi, kesihatan dan lain-lain.

Apabila serangan berjaya dilaksanakan, Black Basta akan meminta jutaan dolar USD dari mangsanya.

Black Basta dipercayai menjadikan kumpulan penggodam yang dikenali dengan nama Conti sebagai pencetus mereka yang dilihat sebagai pro Russia.

Sumber: Cybereason

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY