Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ransomware Baru Bernama ‘Syrk’ Menyerang Pemain Fortnite

Ransomware Baru Bernama ‘Syrk’ Menyerang Pemain Fortnite

Diterbitkan Ogos 29, 2019 oleh ariff bukhari

Perisian hasad ini dibangun berasaskan program sumber terbuka Hidden-Cry.

Penyelidik keselamatan dari Cyren mendedahkan kemunculan perisian hasad ransomware terbaru yang dikenali sebagai ‘Syrk’ mula mensasarkan para pemain permainan video popular atas talian Fortnite.

Fortnite dianggarkan dimainkan lebih daripada 250 juta pemain dari seluruh dunia.

Ransomware Syrk didapati menyusup masuk ke dalam Fortnite dengan menyamar sebagai aplikasi penipu (cheating). Aplikasi tipu itu muncul menggunakan nama “SydneyFortniteHacks.exe”.

Apabila pengguna mengaktifkannya, ransomware ini akan terus mengenkrip data dan fail yang terdapat di dalam cakera keras (HDD) dan peranti storan USB yang disambungkan pada komputer terjejas.

Jika mangsa tidak membayar sejumlah wang yang diminta oleh penggodam, aplikasi tersebut akan mula sikit demi sedikit membuang data dan fail yang terdapat di dalam komputer tersebut.

“The next step is it will set a timed procedure to try and delete the encrypted files in the directories listed below, deleting the files every two hours in the following order: %userprofile%\Pictures; %userprofile%\Desktop; and %userprofile%\Documents,” Cyren.

Sumber Cyren

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY