Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ramalan Banjir 7 Hari Lebih Awal, Ini Perlu Diketahui Tentang Google Flood Hub

Posted on November 27, 2025November 27, 2025

Setiap kali musim tengkujuh, beberapa negeri di Malaysia mula berisiko dilanda banjir terutamanya di kawasan rendah atau berhampiran sungai.

Dalam cuaca yang tidak menentu, mendapatkan maklumat awal sangat penting supaya pengguna boleh bertindak dengan lebih cepat, merancang langkah selamat, serta mengurangkan sebarang risiko kepada keselamatan dan harta benda.

Selain sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan aplikasi MyPublicInfoBanjir, ada satu platform daripada Google yang sebenarnya sudah lama wujud tetapi masih kurang digunakan iaitu Google Flood Hub.

Apa itu Google Flood Hub?

Diperkenalkan sejak 2022 dan mula tersedia di Malaysia pada 2023, Google Flood Hub ialah platform berasaskan web yang menumpukan pada ramalan dan pemantauan banjir.

Platform ini membantu pengguna bertindak lebih awal dengan menyediakan data banjir setempat serta ramalan sehingga 7 hari lebih awal. 

Model kecerdasan buatan (AI) Flood Hub menggunakan pelbagai sumber data awam, termasuk ramalan cuaca dan imej satelit. Teknologi ini menggabungkan dua model utama:

  • Model Hidrologi (Hydrologic Model) – meramalkan jumlah air yang mengalir dalam sungai
  • Model Limpahan (Inundation Model) – meramalkan kawasan yang akan terjejas dan kedalaman air

Semua maklumat ini percuma, terbuka untuk umum dan boleh dikongsi. Ramalan juga dikemas kini setiap hari.

Apa yang ada dalam Flood Hub?

Platform ini memaparkan trend paras air, ramalan banjir masa nyata, peta limpahan air setempat serta amaran banjir.

Pengguna boleh melihat titik lokasi pengukur paras air sungai yang tersedia – sama ada pada tahap ekstrem, bahaya, berjaga-jaga atau normal.

Setiap lokasi memaparkan hidrograf serta ramalan untuk beberapa hari akan datang. Di beberapa kawasan, peta limpahan air yang menunjukkan zon berisiko banjir turut disediakan.

Secara default, Google Flood Hub hanya memaparkan data daripada stesen pengukur sungai yang memenuhi tahap ketepatan yang ditetapkan Google.

Dengan mengaktifkan “Extended Coverage”, pengguna juga boleh melihat data daripada stesen pengukur lain. Namun, maklumat daripada stesen ini mungkin kurang tepat dan tidak mencapai standard ketepatan Google.

Flood Hub tersedia di lebih 80 negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan lain-lain. Walaupun tiada aplikasi khusus, Flood Hub boleh diakses melalui pelayar di telefon pintar, tablet atau komputer.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress