Ramai Tak Puas Hati, Individu Ini Menang Pertandingan Seni Guna AI

Individu bernama Jason Allen daripada Colorado menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI) untuk hasilkan karya seni dan berjaya memenangi tempat pertama.

{suggest}

Pertandingan Colorado State Fair Fine Arts ini memerlukan setiap peserta untuk menghasilkan karya seni. Secara mudahnya, mereka yang mempunyai hasil seni paling berkualiti akan dipilih sebagai pemenang.

https://twitter.com/GenelJumalon/status/1564651635602853889?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1564651635602853889%7Ctwgr%5E149346a0c8d292215b2ec515ad736edd20ad67a2%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.pcgamer.com%2Fhuman-uses-ai-to-win-art-competition-other-humans-angry%2F

Jason sendiri telah akui bahawa hasil seni yang dihantar beliau itu dihasilkan melalui perisian AI Midjourney. Masalah terjadi apabila para peserta lain tidak berpuas akan isu di mana hasil karya mereka telah dikalahkan 'bot AI'.



Walau bagaimanapun, Jason menyatakan beliau juga ada membuat suntingan, idea dan tenaga untuk menghasilkan karya akhir yang dihantarnya tersebut.

Itu bermakna Jason tidaklah bulat-bulat menghantar hasil karya yang dibuat sepenuhnya oleh perisian AI Midjourney itu.

Tetapi, kemenangan Jason dalam pertandingan ini menimbulkan pelbagai reaksi serta perdebatan, pendapat dan juga pertelingkahan berkenaan campur tangan teknologi AI dalam seni asli ini.

Sumber: PC Gamer