Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chef michelin

Ramai Chef Michelin Guna ChatGPT, Tapi Malu Nak Mengaku

Diterbitkan Mei 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Dalam acara tahunan Michelin Guide baru-baru ini, perbualan hangat bukan hanya soal siapa naik atau turun bintang tetapi tentang satu perkara yang makin mencuri perhatian dapur-dapur elit: kecerdasan buatan (AI).

Chef muda Matan Zaken dari restoran bintang satu Nhome di Paris mendedahkan bahawa ramai chef sebenarnya sudah guna ChatGPT untuk cari idea resipi, gabungan bahan, dan inspirasi ‘plating’, namun tidak semua nak mengaku.

“Sebenarnya ramai guna, tapi ego dalam industri ni tinggi,” katanya.

Zaken sendiri menggunakan ChatGPT Premium untuk bereksperimen dengan kombinasi bahan baharu.

Contohnya, dia menemui bahawa kacang tanah dan bawang putih liar boleh saling melengkapi dari segi rasa. Ia merupakan satu padanan yang mungkin sukar dijangka secara manual.

Beliau juga bekerjasama dengan kumpulan seni digital Obvious Art, di mana dia perlu cipta hidangan berdasarkan gambar makanan yang dijana AI.

Satu pendekatan yang terbalik daripada cara masakan tradisional yang biasanya bermula dengan bahan mentah

Namun, tidak semua chef setuju. Chef terkenal Philippe Etchebest menyatakan AI tidak akan mampu menggantikan sentuhan manusia dan kepekaan rasa seorang tukang masak.

Sementara itu, chef Thibaut Spiwack kata teknologi ini “tidak selari yang berakar pada tradisi dan bahan tempatan.”

Pun begitu, ramai masih terbuka menggunakan AI untuk kerja-kerja remeh seperti tulis iklan jawatan kosong, susun jadual dapur atau kira kos dan jejak karbon sesuatu menu.

Masa depan dapur mungkin bakal menyaksikan kerjasama lebih rapat antara AI dan manusia. Bermula daripada mencipta resipi unik hinggalah kepada robot yang boleh ambil alih kerja-kerja remeh seperti mengupas kentang.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • VLC Bakal Lancar Ciri Sari Kata AI, Terjemah Lebih 100 Bahasa Secara 'Offline'
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google
  • Tak Perlu 'Warm-Up' Lama, Pakai Kasut Nike Baharu Ni Boleh Terus Lari

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY