aptX Voice merupakan codec Bluetooth baharu khas untuk panggilan suara dengan menawarkan julat frekuensi lebar 32kHz dan juga frekuensi maklum balas 16kHz. Penggunaan codec ini walau bagaimanapun memerlukan perkakas khas, namun jangan risau ia sudah disokong oleh cip terkini seperti Snapdragon 765 dan juga 865 yang terbaharu. Berlainan dengan aptX HD yang memfokuskan kepada pendengaran muzik, aptX Voice ini memfokuskan kepada panggilan suara pula.
Menuru Qualcomm, ia akan memudahkan penerima untuk memahami panggilan dari sesetengah loghat pemanggil. Ia juga secara tidak langsung akan memudahkan pendengar membezakan bunyi yang seakan serupa seperti "s" dan "f".
"Pengguna semakin ramai gunakan fon telinga Bluetooth, jadi aptX Voice ini adalah penyelesaian untuk kualiti dan pengalaman audio yang lebih jelas." James Chapman, Naib Presiden Qualcomm.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- Qualcomm Nafikan Laporan Mereka Sedang Bangunkan Telefon Gaming Sendiri
- Cip Bluetooth Terkini Qualcomm Menawarkan Fungsi Pembatalan Hingar Aktif Untuk Fon Telinga Harga Bajet
- Microsoft Umum Surface Headphone 2 - Ketahanan Bateri 20 Jam Dan Kini Menyokong aptX
- Apple Sedang Menyiapkan Rekaan Antenna 5G Tersendiri, Tidak Bergantung Dengan Rekaan Antenna Qualcomm
- Qualcomm Perlihat Teknologi iSIM, Tak Perlu Lagi Kad SIM Fizikal Dan eSIM
- Qualcomm Kongsikan Skor Ukur Aras Snapdragon 888 - Prestasi CPU 20% Lebih Pantas Dari Snapdragon 865
- Qualcomm Lancar Cip Audio QCC305x Untuk TWS Kelas Pertengahan
- Qualcomm Sahkan Mereka Sedang Memohon Lesen Untuk Bekalkan Cip Kepada Huawei
- Bekas Jurutera Cip Apple Kini Bekerja Di Qualcomm Melalui Pemilikan Nuvia Pada $1.4 Billion
- Qualcomm Umum Senarai Awal Peranti Yang Akan Terima Kemaskini Pemacu GPU