Qualcomm aptX Voice Akan Tingkatkan Kualiti Panggilan Suara Melalui Bluetooth

Penggunaan gajet Bluetooth semakin popular disebabkan oleh pembuangan bicu 3.5mm oleh kebanyakan pengeluar. Namun, kualiti Bluetooth masih lagi tidak setanding dengan kualiti audio melalui wayar. Jadi, pada CES 2020, Qualcomm cuba untuk meningkatkan tahap kualiti audio Bluetooth dengan aptX Voice.

aptX Voice merupakan codec Bluetooth baharu khas untuk panggilan suara dengan menawarkan julat frekuensi lebar 32kHz dan juga frekuensi maklum balas 16kHz. Penggunaan codec ini walau bagaimanapun memerlukan perkakas khas, namun jangan risau ia sudah disokong oleh cip terkini seperti Snapdragon 765 dan juga 865 yang terbaharu. Berlainan dengan aptX HD yang memfokuskan kepada pendengaran muzik, aptX Voice ini memfokuskan kepada panggilan suara pula.

Menuru Qualcomm, ia akan memudahkan penerima untuk memahami panggilan dari sesetengah loghat pemanggil. Ia juga secara tidak langsung akan memudahkan pendengar membezakan bunyi yang seakan serupa seperti "s" dan "f".

"Pengguna semakin ramai gunakan fon telinga Bluetooth, jadi aptX Voice ini adalah penyelesaian untuk kualiti dan pengalaman audio yang lebih jelas." James Chapman, Naib Presiden Qualcomm.

Sumber: Qualcomm

Berkaitan