Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Main KV

Qalbox Bekerjasama Dengan Durioo+ Dan IKIM, Tawar Kandungan Ramadan

Diterbitkan Mac 27, 2024 oleh Athirah Isa

Qalbox oleh Muslim Pro telah mengumumkan kerjasama dengan Durioo+, iaitu pembekal kandungan Islam yang memfokuskan kepada hiburan mesra kanak-kanak Muslim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), salah satu rangkaian Islam yang terkenal di Asia.

Rancangan yang diperkenalkan itu disesuaikan dengan keperluan sebuah keluarga Muslim dari aspek pendidikan ataupun hiburan. Sebagai contoh, IKIM menyediakan dokumentari, siri pendidikan dan program daripada ulama.

Di samping itu, Durioo+ pula bercadang untuk meningkatkan pengalaman penonton Qalbox Ramadan kanak-kanak. Pelbagai rancangan yang mampu menarik perhatian mereka seperti Little Ammar dan Mina & Mila.

Rancangan ini amat berkait rapat dengan aspirasi keluarga Muslim yang memupuk erti pendidikan dan unsur hiburan secara bersederhana.

Berkaitan

  • Muslim Pro Malaysia Muncul Sebagai Aplikasi Popular Ramadan Ini
  • 4 Aplikasi Islamik Alternatif Yang Boleh Digunakan Selain Muslim Pro
  • Muslim Pro Perkenal Ciri Baru Dan Kini Dikuasakan AI

Secara tidak langsung, IKIM memperkukuhkan lagi kandungan Qalbox yang bertujuan untuk mempersembahkan produksi daripada komuniti Muslim global. Rukun asas agama menjadi pilihan bagi menyelami asas-asas utama Islam.

Oleh itu, Muslim Pro telah memberikan keistimewaan kepada 500 pendengar pertama IKIMfm sebanyak 50% untuk langganan Premium Tahunan Muslim Pro. Muat turun aplikasi Muslim Pro  di App Store dan Play Store.

Bukan itu sahaja, anda boleh langgan akaun dengan kod IKIM bagi menikmati diskaun istimewa. Anda juga boleh layari https://muslimpro.com/ikim ataupun dengarkan IKIMfm setiap Sabtu, jam 6.30 petang dan Selasa, jam 3.10 petang.

Sumber: Siaran Media Muslim Pro Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY