Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Putaran Bumi Diramal Akan Lebih Laju Pada Julai Dan Ogos Ini

Putaran Bumi Diramal Akan Lebih Laju Pada Julai Dan Ogos Ini

Diterbitkan Julai 7, 2025 · Dikemas kini Julai 7, 2025 oleh ariff bukhari

Secara purata, Bumi berputar sekali pada paksinya dalam masa 86,400 saat atau 24 jam, dengan perbezaan kecil sekitar milisaat ( satu milisaat (1ms) ialah 0.001 saat).

Sejak adanya jam atom pada 1950-an, saintis mampu mengukur variasi kecil ini yang dipanggil sebagai length of day (LOD).

Sebelum 2020, hari paling pendek yang pernah direkodkan ialah 1.05 ms lebih cepat daripada 86,400 saat. Namun sejak itu, Bumi terus mencipta rekod baru hampir setiap tahun.

Hari paling pendek setakat ini berlaku pada 5 Julai 2024, dengan putaran 1.66 ms lebih cepat daripada biasa.

Untuk tahun 2025, Bumi dijangka akan kembali menghampiri rekod itu pada 3 tarikh ini iaitu 9 Julai, 22 Julai, dan 5 Ogos 2025.

Hari paling pendek dijangka akan berlaku pada 5 Ogos 2025 iaitu kira-kira 1.51 milisaat lebih pendek daripada purata.

Putaran Bumi Diramal Akan Lebih Laju Pada Julai Dan Ogos Ini

Menurut laporan timeanddate.com berdasarkan data IERS, trend putaran laju Bumi dijangka berterusan ketika kedudukan Bulan yang berada jauh dari khatulistiwa Bumi.

Menurut pakar putaran Bumi, Dr. Leonid Zotov, punca sebenar keadaan ini berlaku adalah masih misteri.

Tetapi beliau berkata, kebanyakan saintis percaya ia berpunca daripada Bumi itu sendiri yang dipengaruhi seperti pergerakan teras, lautan, dan atmosfera Bumi.

Beliau menjelaskan bahawa fenomena ini bukanlah satu trend jangka panjang dengan beliau menjangkakan Bumi akan mula memperlahan pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Saintis Mendakwa Putaran Bumi Semakin Perlahan Berpunca Daripada Binaan Ini
  • Aktiviti Manusia Sebabkan Putaran Bumi Jadi Perlahan, Mungkin Beri Kesan Pada Tetapan Masa
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Sumber: Time And Date

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY