Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pusingan Akhir Liga Predator Asia Pasifik 2022 Kembali Di Jepun

Posted on Jun 23, 2022

Liga Predator Asia-Pasifik kini kembali untuk edisi 2022 dengan pusingan akhirnya  dijadualkan akan berlangsung di Jepun dari 11 hingga 13 November 2022.

Bertemakan  ‘Become One’, Liga Predator 2022 menekankan kepentingan untuk berhubung kembali antara gamers dan membuktikan komitmen Acer kepada komuniti gaming.

Liga Predator Asia-Pasifik 2022 menawarkan jumlah ganjaran bernilai USD400,000 (RM1,760,600)  termasuk hadiah tempatan untuk rantau-rantau yang mengambil bahagian.

Pusingan akhir Liga Predator APAC 2022 akan mengumpulkan juara-juara dari 15 negara dan rantau.

Untuk peringkat Malaysia, Acer Malaysia menjemput pasukan-pasukan terbaik untuk menyertai peringkat kelayakan DOTA 2 dan PUBG:BATTLEGROUNDS untuk merebut sebahagian daripada jumlah ganjaran RM100,000.

Pasukan-pasukan yang bakal dinobatkan juara DOTA 2 dan PUBG:BATTLEGROUNDS masing-masing akan membawa pulang hadiah produk-produk Acer bersama ganjaran wang tunai RM10,000 dan RM12,000 serta mewakili Malaysia dalam Pusingan Akhir Liga Predator APAC. 

Liga Predator Asia Pasifik pertama kali dianjurkan pada tahun 2017/18 dahulu di mana Geek Fam menjadi pasukan juara pertama dari Malaysia yang berjaya mencatat sejarah dengan membawa pulang Perisai Liga Predator APAC dalam pusingan akhir di Jakarta, Indonesia.

Pasukan tersebut juga berjaya menempah tempat sebagai pasukan jemputan pada Pusingan Akhir Liga Predator 2019 di Bangkok, Thailand.

Sumber: Media Acer

Baca juga:

  • Saksikan Pusingan Rantau Liga realme PUBG 24 Hingga 26 Jun Ini
  • realme Anjur Liga PUBG Kebangsaan Dan Rantau, Tawar Hadiah Utama $2,000
  • realme GT Neo 3 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi Masa Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress