Pernah alami situasi tengah push rank MLBB, tiba-tiba telefon habis bateri? Stress, kan? Tapi itu semua tinggal sejarah dengan realme 14 5G. Telefon pintar terbaru ini sememangnya direka khas dengan prestasi untuk gaming marathon.
Malah dengan kapasiti bateri gergasinya, realme 14 5G beroperasi mampu untuk tempoh yang begitu lama tanpa sebarang isu lag supaya anda boleh beraksi tanpa henti.
Gaming Seharian Tanpa Risau
Dimuatkan dengan bateri Titan 6,000mAh, realme 14 5G membolehkan anda bermain permainan mudah alih dari siang sampai malam tanpa bimbang isu telefon habis bateri.
Bukan sekadar bateri gergasinya sahaja, keupayaan itu ditambah lagi apabila realme 14 5G menjadi telefon pintar pertama di dunia dikuasakan cipset Snapdragon® 6 Gen 4 yang jimat tenaga tapi berprestasi hebat.
Walapun selepas bermain 3 perlawanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berturut-turut, hanya 35% kapasiti bateri sahaja digunakan sepanjang tempoh bermain tersebut.

Prestasi Cemerlang Dalam Kelasnya
Apa yang lebih istimewanya realme 14 5G ini ia tersedia menyokong permainan MLBB di mana anda boleh memainkannya pada tetapan tertinggi yang memberikan anda pengalaman visual terbaik tanpa sebarang delay.
Ditambah pula dengan skrin AMOLED 120Hz serta ciri perlindungan mata dari menjadi letih, setiap pergerakan dalam MLBB nampak lebih lancar dan jelas walau lama bermain.

Malah prestasi realme 14 5G dipertingkatkan lagi dengan adanya ciri Mod GT yang membolehkan permainan mudah alih seperti MLBB dan HOK (Honor of King) khususnya mampu dimainkan pada kadar bingkai setinggi 120fps tanpa masalah.
Tak Perlu Risau Isu Haba
Jika jenama atau model peranti lain menjadi panas kerana bermain dalam tempoh yang lama, isu ini tiada pada realme 14 5G.
Ini dicapai dengan teknologi sistem penyejukkan Bionic bersaiz 6050mm2 yang merupakan ruang penyejukkan terbesar dalam telefon pintar setakat ini.
Ia sekali gus memastikan peranti kekal beroperasi pada suhu optimum walau bermain dalam tempoh yang panjang.

Rekaan Bergaya
Tidak mengabaikan rupa fizikal, realme 14 5G hadir dalam reka bentuk dengan perincian tekstur hiasan Mecha yang menaikkan lagi rupa peranti sebagai sebuah telefon pintar berprestasi dan bergaya.
Ditambah dengan ciri Victory Halo iaitu efek lampu yang direka untuk menyala apabila anda memenangi perlawanan yang memberikan visual menarik dan gaya tambahan lagi dengan peranti ini di tangan anda.
Pilihan Ideal untuk Gamer Sejati
Jadi, jika anda memang gamer sejati yang mahukan sebuah peranti berprestasi, bateri tahan lama dan bergaya, realme 14 5G adalah peranti terkini yang menjadi idaman anda.
Dengan harga mesra poket dan prestasi luar biasanya, sekali gus menjadikan realme 14 5G sebagai pilihan terbaik untuk sesiapa yang mahukan sebuah telefon pintar gaming tanpa had.
realme 14 5G kini tersedia di pasaran Malaysia dalam 2 varian dengan harga bermula RM1,199 (varian 8GB RAM +256 storan). Manakala bagi varian realme 14 5G 12GB + storan 256GB pula ditawarkan pada harga RM1,299.
Harga istimewa ini ditawarkan secara eksklusif menerusi penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco).
Malah sempena pelancarannya, realme kni sedang mengadakan promosi hebat yang menawarkan hadiah percuma bernilai RM826 bagi pembeli awal dari 15 hingga 18 April 2025.
realme 14 5G kini tersedia di beli dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmnlu1
- Lazada – https://invl.me/clmnlu3
*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia