Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Teknologi Inovasi Industri Dan Akademi MIMOS Dirasmikan Di Kulim, Kedah

Pusat Teknologi Inovasi Industri Dan Akademi MIMOS Dirasmikan Di Kulim, Kedah

Diterbitkan Jun 24, 2024 ยท Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh ariff bukhari

Pada minggu lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang telah merasmikan Pusat Teknologi Inovasi Industri (ITIC) dan Akademi MIMOS di MIMOS Berhad, yang terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyatannya berkata, pelancaran ITIC menandakan satu pencapaian besar dalam kemajuan industri teknologi.

ITIC terdiri daripada empat (4) pusat yang masing-masing dikendalikan oleh agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu:

  • MIMOS: memberi tumpuan kepada sektor Elektrik dan Elektronik (E&E);
  • MRANTI: mengkhususkan sektor Teknologi Dron dan Robotik;
  • MIGHT: memfokuskan kepada Teknologi Bandar Pintar; dan
  • MYSA: yang menumpukan pada Teknologi Angkasa atau Aerospace.

Secara khususnya, ITIC MIMOS akan memberi penekanan kepada Peralatan Ujian Automatik (ATE).

Inisiatif ini menyokong Pelan Hala Tuju E&E 2021-2030, dengan matlamat mensasarkan penghasilan komponen bernilai tinggi dalam negara dan meningkatkan sumbangan nilai tambah.

Akademi MIMOS pula bakal memainkan peranan penting dalam menawarkan latihan dan memupuk generasi perintis teknologi masa depan.

Sejajar dengan National Semiconductor Strategies (NSS) Malaysia, Akademi MIMOS menyasarkan untuk menarik pelaburan dan membangunkan bakat mahir bagi memenuhi keperluan industri seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat R&D global.

Di samping itu, Semiconductor Research Consortium turut dilancarkan yang diketuai oleh MIMOS yang akan memanfaatkan kemudahan MIMOS dan kerjasama strategik untuk memajukan teknologi semikonduktor dan menangani cabaran industri, meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) semikonduktor.

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Axrail Membuka Makmal Gen AI Yang Pertama Seumpamanya Di Malaysia Dan Asia Tenggara

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY