Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft_The Hill

Pusat Data Microsoft Mungkin Akan Dikuasakan Reaktor Nuklear

Diterbitkan Disember 26, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti yang dilaporkan oleh Datacenter Dynamics (melalui The Register), Microsoft membuka jawatan kerja baharu minggu lepas untuk “Pengurus Program Utama Teknologi Nuklear.”

Tanggungjawab utama jawatan itu adalah untuk melaksanakan “Reaktor Modular Kecil global (SMR) dan strategi tenaga mikroreaktor.”

Matlamat akhirnya adalah untuk mengoperasikan pusat data awan Microsoft Cloud dan AI menggunakan reaktor dan bukannya bergantung pada grid kuasa.

Microsoft dalam tawaran kerjanya itu secara khusus menyatakan mereka memerlukan seseorang yang mempunyai “pemahaman mendalam tentang teknologi nuklear dan hal ehwal kawal selia.”

Selain itu, syarikat itu juga memerlukan seseorang yang mampu menyelidik dan membangunkan teknologi tenaga lain yang belum bersedia untuk penggunaan komersial lagi. Itu mungkin termasuk tenaga gabungan.

Gaji yang akan dibayar untuk jawatan itu pula adalah antara USD $173,200 (~RM800,000) hingga $282,200 (~RM1.3 juta) setahun.

Screenshot 2023-12-26 at 3.52.39 PM

SMR masih belum dibuktikan di luar peringkat prototaip. Di AS, hanya tiga tapak sedang mempertimbangkan penggunaan reaktor sedemikian pada masa hadapan: Tennessee, Utah dan Alaska.

Jadi, jika Microsoft meneruskan rancangan ini, terdapat sebanyak 10 wilayah sedia ada di seluruh AS di mana SMR boleh digunakan sebagai pusat data.

Kuasa nuklear dianggap sebagai bentuk tenaga bersih kerana ia menghasilkan pelepasan karbon sifar. Walau bagaimanapun, ia menghasilkan sisa nuklear dan akan menjadikan pusat data Microsoft sebagai sasaran yang lebih besar untuk penggodam.

Berkaitan

  • Kerajaan Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga
  • Teknologi Nuklear Negara Akan Digunakan Secara Aman
  • Kerajaan Sasar 6 Sektor Utama Ini Akan Lebih Banyak Gunakan Teknologi Nuklear

Sumber: PCMag, Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY