Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-29T114615.612

Pusat Data Google Nevada Guna Kaedah Geoterma Untuk Jana Elektrik

Diterbitkan November 29, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, pusat data Google di Nevada, Amerika Syarikat dilapor akan menggunakan teknologi tenaga geoterma bagi menjana sumber tenaga elektrik.

Untuk pengetahuan anda, konsep terjadinya penggunaan tenaga geoterma ini adalah daripada pengumpulan haba dari dalam kerak bumi bagi penghasilan wap yang akan digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Keberkesanan rancangan projek ini terhasil daripada kerjasama Google dengan syarikat tenaga bebas karbon, Fervo Energy, yang dikatakan menggunakan taktik yang berbeza daripada kaedah lama yang dipraktikkan oleh loji geoterma tradisional sehingga boleh menjana tenaga elektrik sebanyak 3.5 MW.

Pusat Data Google Nevada Guna Kaedah Geoterma Untuk Jana Elektrik
Tapak projek geoterma Fervo Energy

Sebagai tambahan untuk anda, satu megawatt tenaga elektrik cukup untuk menjana elektrik ke 750 buah rumah.

Selain itu, pendekatan Google terhadap kaedah tenaga elektrik ini adalah salah satu rancangan syarikat mereka dalam mencapai penggunaan tenaga bersih dan bebas karbon sepanjang masa menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, mereka melihat kaedah ini berpotensi untuk menjadi salah satu teknologi yang penting apabila penggunaan tenaga angin dan solar berkurangan pada masa akan datang.

Cuma pada masa sekarang, Fervo dilaporkan masih dalam fasa pemilihan lokasi yang sesuai untuk tapak geoterma mereka. Hal ini kerana pusat data Google terkenal dengan penggunaan tenaga elektriknya yang banyak dengan penggunaan 1% daripada tenaga elektrik di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Kedudukan Bar Carian Aplikasi Google Android Sekali Lagi Diubah
  • Maney, Platform Mudahkan Pengguna Cari Perkhidmatan Yang Dipercayai
  • Teknologi AI Bantu Atasi Kekurangan Pakar Keselamatan Siber - Fahmi Fadzil

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY