Plag dinding tersebut merbahaya kepada anda.
Sekiranya anda memiliki dan menggunakan plag dinding tiga serampang Apple ini (Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter), segeralah pulangkannya semula kepada Apple.
Ini kerana Apple telah melancarkan program penarikan plag tersebut berikutan penemuan kecacatan rekaan padanya.
Apple menyatakan mereka mengenal pasti kes yang sangat jarang berlaku seperti ini di mana, didapati plag tersebut mungkin akan rosak dan mengakibatkan kejutan elektrik sekiranya bahagian besi aksesori tersebut disentuh pengguna. Turut dinyatakan juga, syarikat itu sudah maklum dengan enam kes yang sudah berlaku diseluruh dunia.
Plag yang terlibat ini dipasarkan dari tahun 2003 hingga 2010 di mana ia ada didatangkan sekali bersama komputer Mac, sesetengah peranti iOS terdahulu serta aksesoriĀ Apple World Travel Adapter Kit.
Jadi sekiranya anda memiliki aksesori tersebut, bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple berdekatan anda untuk digantikan dengan yang baru.
Berkaitan
- Apple Bukan Lagi Syarikat Paling Berinovasi Di Dunia
- Apple Mengemas Kini Sistem Operasi Jam Pintar Apple Watch Kepada watchOS 7
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Apple Pencil mini Untuk iPhone 11 Pro
- 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch
- Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual
- iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion
- Apple Watch SE Kini Hanya Berharga RM1,199
- Pengguna Produk Apple Kini Lebih Selamat Dengan Pengenalan Pelbagai Ciri Privasi Dan Keselamatan Baharu