Huawei Telah Meningkatkan Kedudukannya Di Dalam BRANDZ RANKING 2019

Syarikat pengeluar telefon gergasi Huawei telah membuat kejutan apabila berjaya berada dalam senarai 100 Jenama Paling Bernilai BrandZ bagi tahun 2019 seperti yang telah diterbitkan oleh "WPP'S research arm Kantar". Syarikat gergasi dari China itu telah naik satu anak tangga di mana telah menduduki tempat yang ke-47 berbanding tempat ke-48 pada tahun lepas.

Kapsyen: Huawei telah menduduki tempat ke 47 100 Jenama Paling Bernilai BrandZ pada 2019.


Ini adalah tahun keempat bagi Huawei berada dalam lingkungan 50 teratas dalam senarai tersebut. Antara aspek penyumbang utama adalah pelbagai inovasi yang telah dilakukan oleh syarikat itu pada setiap tahun. Antara yang memainkan peranan di dalam inovasi Huawei ini antaranya ialah flagship terbaru iaitu Huawei P30 dan P30 Pro yang dilengkapi tetapan 4 kamera, mencuri tumpuan peminat dengan keupayaan zoom serta zoom digital sehingga 50x.

Syarikat gergasi dari China itu juga turut memperkenalkan telefon pintar boleh lipat iaitu Huawei Mate X disokong dengan jaringan 5G membuatkan setiap inovasi yang dilakukan syarikat ini menjadi tumpuan dunia.

 

Kapsyen: Inovasi yang telah dilakukan Huawei pada P30 Series telah memberi impak kepada dunia teknologi.


IDC yang juga merupakan firma penganalisa terkemuka telah menyatakan bahawa, Huawei telah meningkatkan kedudukannya didalam dunia peranti mudah alih dengan menduduki tempat kedua dan seterusnya merapatkan jurang dengan Samsung yang mendahului tempat pertama. Menurut IDC lagi, Huawei kini mempunyai 19% pegangan pasaran global dalam kategori telefon pintar dan merupakan satu-satunya pengeluar telefon pintar yang berada di kedudukan teratas yang mengalami mengalami peningkatan dalam jumlah penghantaran sepanjang suku pertama tahun 2019.

Kejayaan Huawei telah menyerlahkan lagi kemampuan syarikat-syarikat dari negara China dalam ekonomi pengguna global. Menurut laporan BrandZ yang berpengkalan di China, terdapat 15 buah syarikat dari negara China yang mengunguli 100 Jenama Paling Bernilai BrandZ 2019.

Berkaitan