Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WSB energisation

Projek Bateri Paling Berkuasa Di Dunia Kini Kuasakan Sehingga 340,000 Isi Rumah

Diterbitkan September 29, 2026 · Dikemas kini September 29, 2026 oleh ariff bukhari

New South Wales (NSW) di Australia kini secara rasminya mengendalikan Bateri Super Waratah, yang merupakan salah satu projek bateri paling berkuasa di dunia yang direka untuk membekalkan tenaga bersih, stabil, dan berpatutan.

Dibina di tapak bekas stesen janakuasa arang batu Munmorah, kompleks bateri gergasi ini berkeupayaan membekalkan tenaga setinggi 850 MW dan menyimpan 1,680 MWh,  mencukupi untuk menampung keperluan sehingga 340,000 kediaman pada waktu kemuncak.

Projek ini berfungsi sebagai “penyerap kejutan” bagi rangkaian elektrik ketika berlaku gangguan akibat bencana alam seperti kebakaran hutan, ribut, atau petir. 

Projek Bateri Paling Berkuasa Di Dunia Kini Kuasakan Sehingga 340,000 Isi Rumah
Sehingga kini, belum pernah ada projek sebegini di dunia melibatkan pembinaan bateri berskala utiliti paling berkuasa di dunia, yang mampu membekalkan 850 megawatt selama 2 jam.

Menerusi pelaksanaan Skim Perlindungan Integriti Sistem (SIPS) terbesar di Australia, peranti ini memantau 36 talian penghantaran secara langsung bagi menjamin kestabilan grid nasional.

Sistem Kawalan SIPS akan menghantar isyarat kepada bateri untuk menyalurkan lebih banyak tenaga ke grid, sambil pada masa yang sama mengarahkan penjana yang dipadankan untuk mengurangkan output masing-masing mengikut keperluan bagi mengimbangi aliran elektrik.

Langkah ini sekali gus menyokong peralihan tenaga boleh baharu apabila stesen arang batu lama ditutup secara berperingkat di Australia.

Malah, sejak Kerajaan Buruh Minns mengambil alih pentadbiran, kapasiti simpanan bateri di NSW telah meningkat 39 kali ganda.

Projek Bateri Paling Berkuasa Di Dunia Kini Kuasakan Sehingga 340,000 Isi Rumah
Selain berfungsi sebagai sistem penyimpanan tenaga di mana ia mampu melepaskan tenaga simpanannya sewaktu permintaan tinggi, Projek Bateri Super Waratah turut menggabungkan sistem storan, kawalan, dan rangkaian elektrik untuk bertindak sebagai ‘penyerap kejutan’ grid ketika berlaku gangguan atau terputus bekalan.

Selain memberi manfaat alam sekitar, projek bernilai $1 bilion daripada pelaburan swasta ini turut menyumbang ekonomi setempat dengan mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan dalam bidang reka bentuk dan pembinaan.

Hasil kerjasama pelbagai pihak, Bateri Super Waratah menjadi simbol kejayaan penukaran tapak industri lama kepada hab teknologi hijau utama dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • China Perkenal Tren Autonomi Dengan Keupayaan Buat Keputusan Sendiri
  • Teknologi Baharu Komunikasi Berpotensi Ancam Sistem Pemantauan Iklim Bumi- PBB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY