'Project Geländewagen' - Kolaborasi Virgil Abloh Dan Mercedes-Benz

project geländewagen

'Project Geländewagen' adalah sebuah kolaborasi antara Virgil Abloh dan Mercedes-Benz untuk menyatukan dunia fesyen, seni, dan automotif. Baru-baru ini, Virgil dan syarikat kereta mewah itu telah melancarkan rancangan projek yang dianggap sebagai yang pertama seumpamanya.

Dalam Project Geländewagen, Virgil akan menghasilkan satu karya eksklusif yang diilhamkan oleh barisan SUV G-Class.

project geländewagen

Menurut Naib Presiden Pemasaran Mercedes-Benz AG, Bettina Fetzer menganggap Virgil sebagai peneraju utama kreativiti zaman ini. Bettina juga berharap dapat mendorong kreativiti dalam khalayak global pengikut mereka.

Kapsyen: Bettina Fetzer


Bagi Virgil, kolaborasi ini adalah satu peluang bagi seorang artis seperti beliau untuk berkarya di sebuah platform baru. Menurutnya, Mercedes-Benz adalah sebuah jenama yang menampilkan kemewahan dan prestasi luar biasa.

Virgil Abloh, pengasas Off-White dan ketua pereka pakaian lelaki di Louis Vuitton, akan bekerja rapat dengan Gorden Wagener, ketua pereka bentuk Mercedes.

[embed]https://www.instagram.com/p/CDKA79SIYVC/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Gorden Wagener berkata identiti jenama itu adalah "lebih" daripada sekadar status pembuat kereta mewah yakni lebih kepada jenama gaya hidup. Katanya lagi,
“One major reason for our success story is our aesthetic soul and the unique style of our house. The next step in pushing Mercedes-Benz’s design is our collaboration with Virgil Abloh.”

[embed]https://www.instagram.com/p/CDJRmvCoRFt/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Pada awalnya, projek ini dijadualkan debutnya dalam acara fizikal di Minggu Fesyen Lelaki Paris. Namun, disebabkan pandemik coronavirus yang sedang melanda, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Karya seni ini akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia pada 8 September. Setelah itu, replika karya ini akan dilelong, dan hasilnya akan disalurkan ke badan amal yang berfokus pada seni. Pemenang lelongan ini akan mendapat akses eksklusif kepada pencipta bersama. Individu ini juga akan diperkenalkan secara peribadi mengenai inspirasi dan aspirasi di sebalik karya hebat ini.

Layari laman rasmi Mercedes-Benz untuk maklumat lebih lanjut.