BMW X7 Dark Shadow Edition, Hanya 500 Unit Dikeluarkan

BMW X7 Dark Shadow Edition telah dilancarkan dan akan memulai debutnya di pasaran antarabangsa tidak lama lagi. Hanya 500 unit Dark Shadow Edition ini akan dikeluarkan di seluruh dunia.



Terdapat dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk, edisi terhad ini hadir secara eksklusif dengan kemasan logam Frozen Arctic Grey. Tambahan pula, ini merupakan pertama kali warna ini pernah digunakan dalam siri X.

Ia juga disertakan dengan penambahan badan M Sport yang merangkumi saluran ekor hitam kilat, kidney grille, dan rel atap. Dilengkapkan dengan roda aloi ringan 22 inci M standard yang mempunyai rekaan V-spoke, disaluti dengan warna Jet Black matte.



Bagi bahagian dalaman, roda stereng direka dengan lapisan kulit M serta pelapis kulit BMW Individual Merino yang dilengkapi jahitan biru gelap dan hitam. Garis atapnya juga bertona biru Alcantara. Akhirnya, dari segi kuasa, edisi terhad X7 hadir dengan 4.4 liter turbocharge berkembar, yang mampu mengeluarkan 523 kuasa kuda dan 553 paun torque.

Dikhabarkan BMW Dark Shadow Edition ini bakal dijual bermula dengan harga US$120,490 (~RM512 443) di pasaran Amerika.

Sumber: Star Car Sifu

Baca lagi: Swatch x BAPE – Kolaborasi Kedua Dilancarkan 1 Ogos Ini