Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prof. Rizal Arshad, Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China

Prof. Rizal Arshad, Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China

Diterbitkan Ogos 29, 2025 · Dikemas kini Ogos 29, 2025 oleh ariff bukhari

China kini berada di hadapan dalam pembangunan kapasiti turbin angin, pelabuhan kontena tersibuk, serta penyelidikan laut dalam.

Jadi, tidak hairanlah jika China berjaya menarik minat saintis robotik Malaysia ini, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad yang melihat peluang besar dalam bidang robotik marin di China yang mampu mengubah masa depan sumber alam.

Infografik Mohd Rizal Arshad 2025
Professor Mohd Rizal Arshad pernah berkhidmat sebagai staf akademik di Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Sains Malaysia selama lebih dari 23 tahun, Kredit: USM.

Bagi beliau yang telah berpindah ke China tahun ini, peningkatan jumlah struktur bawah air dan eksplorasi lautan dalam mempunyai potensi besar untuk aplikasi robot marin.

“Masa depan ada di lautan,” katanya sambil menekankan kepentingan pembangunan teknologi untuk meneroka potensi tersebut.

Menurut Prof. Rizal, lautan bukan sekadar air, tetapi bakal menjadi sumber utama manusia bagi air minuman, makanan, mineral, serta tenaga ombak.

Beliau yang berpengalaman lebih 26 tahun dalam penyelidikan sistem kawalan dan robotik, termasuk pembangunan kapal selam tanpa pemandu, robot apungan serta robot perayap dasar laut, berpindah ke China awal tahun ini.

Sejak Februari lalu, beliau telah dilantik sebagai Dekan Sekolah Robotik di Xian Jiaotong-Liverpool University, Taicang, wilayah Jiangsu.

Prof. Rizal Arshad, Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China
Prof. Rizal bercadang untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan prototaip bawah air di perairan China. Kredit foto: XJTLU

China menurutnya, menawarkan ekosistem yang kukuh untuk menghubungkan penyelidikan dengan industri.

Negara itu menyediakan laluan pantas untuk menterjemah hasil penyelidikan kepada aplikasi industri, kerjasama langsung dengan sektor perniagaan dalam menangani cabaran sebenar, serta akses mudah kepada komponen prototaip.

Faktor inilah yang menjadikan beliau tertarik untuk ke China sebagai destinasi strategik untuk pembangunan teknologi robotik marin.

Dengan infrastruktur dan sokongan industri yang mantap, Prof. Rizal yakin inovasi dalam robotik marin akan mempercepatkan usaha meneroka lautan sebagai “sumber masa depan” manusia.

Baginya, lautan bukan sahaja ruang kajian saintifik, tetapi medan penting untuk menjamin kelangsungan sumber dan teknologi global.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata
  • Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY