Khamis lepas, peranti Huawei yang tidak diketahui dengan nombor model NLE-AL00 disenaraikan di Geekbench (melalui WCCFTech) dan menjalankan Android 10.
Sumber yang dikutip oleh GizmoChina mengatakan bahawa peranti itu bukanlah salah satu daripada model Huawei Mate 30 yang baru, mungkin ia adalah peranti baru untuk jenama Honor yang menggunakan cipset Kirin 990. Selain menjalankan Android 10, peranti misteri ini dilengkapi dengan 8GB RAM.
Setelah Geekbench mengeluarkan keputusan, jelas bahawa Kirin 990 5G masih dibelakang cipset terbaru dari Apple iaitu A13 Bionic. Ini sekaligus menunjukkan Apple masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar cipset paling berkuasa pada tahun ini.
A13 Bionic mendapat skor 5472 untuk single score dan 13769 untuk multi core. Manakala Kirin 990 pula mendapat 3842 untuk single score dan 11644 untuk multi score yang menunjukkan bahawa cipset A13 Bionic masih tidak dapat disaingi oleh Kirin 990.
Berkaitan
- Mac Pro Dan Apple Pro Display XDR Telah Mula Dijual Di Malaysia
- Apple Disaman Seorang Lelaki Kerana Mengubah Dirinya Menjadi Gay
- Apple Mendominasi Ranking Keuntungan Telefon Pintar Dunia
- Disebabkan Apple, Ketahanan Bateri Peranti Android Akan Meningkat Tahun 2020
- Apple Mendahului Ranking Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2019
- Jurutera Apple Mendedahkan Bagaimana Mac Pro 2019 Tidak Akan Mengalami Masalah Kepanasan
- A13 Bionic, Rahsia Di Sebalik Kehebatan Bateri Iphone 11 Pro Max
- Gambar Milik Pemuda Malaysia Ini Viral Di Laman Instagram Apple