Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic

Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic

Diterbitkan September 16, 2019 oleh irfan suhaimee

Syarikat pengeluar telefon pintar gergasi China iaitu Huawei telah mengumumkan cipset mercu terbaru mereka iaitu Kirin 990 7nm dan menyokong 5G. Dijangka bahawa cipset ini bakal digunakan kepada peranti mercunya siri Huawei Mate 30, juga dijangka akan digunakan pada peranti boleh lipat pertama Huawei iaitu Foldable Mate X dan Huawei P40 tahun hadapan.

Khamis lepas, peranti Huawei yang tidak diketahui dengan nombor model NLE-AL00 disenaraikan di Geekbench (melalui WCCFTech) dan menjalankan Android 10.

Sumber yang dikutip oleh GizmoChina mengatakan bahawa peranti itu bukanlah salah satu daripada model Huawei Mate 30 yang baru, mungkin ia adalah  peranti baru untuk jenama Honor yang menggunakan cipset Kirin 990. Selain menjalankan Android 10, peranti misteri ini dilengkapi dengan 8GB RAM.

Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic

Prestasi Kirin 990 Masih Di Belakang A13 Bionic

Setelah Geekbench mengeluarkan keputusan, jelas bahawa Kirin 990 5G masih dibelakang cipset terbaru dari Apple iaitu A13 Bionic. Ini sekaligus menunjukkan Apple masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar cipset paling berkuasa pada tahun ini.

A13 Bionic mendapat skor 5472 untuk single score dan 13769 untuk multi core. Manakala Kirin 990 pula mendapat 3842 untuk single score dan 11644 untuk multi score yang menunjukkan bahawa cipset A13 Bionic masih tidak dapat disaingi oleh Kirin 990.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY