Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rusia ke bulan

Presiden Putin Mahu Rusia Naik Ke Bulan Semula Tahun Ini

Diterbitkan April 15, 2022 oleh ariff bukhari

Rusia dilaporkan merancang untuk kembali menakluk Bulan dalam tahun ini juga.

Rancangan itu dibuat selepas Presiden Putin berkata mereka akan membina kapal angkasa generasi baru dengan teknologi nuklear.

Putin menegaskan usaha ke arah itu akan diteruskan walaupun mendapat halangan daripada anasir luar iaitu merujuk kepada sekatan yang dikenakan ke atas Rusia ekoran serangan ketenteraan ke atas Ukraine.

Program angkasa lepas Rusia untuk ke bulan dijangka akan dilancarkan dalam bulan Ogos tahun ini.

Misi robotik itu adalah bagi membuktikan teknologi pendaratan yang dibangunkan Rusia serta turut lengkap membawa 30 kilogram peralatan saintifik bagi mengkaji tanah di salah satu kawah Bulan yang dikenali sebagai Boguslavsky.

Program misi ke Bulan kali ke-25 Rusia ini bakal disusuli misi ke-26 yang dijadualkan akan dilaksanakan dalam tahun 2024 akan datang.

Tetapi misi Rusia menghantar angkasawan mereka ke Bulan hanya akan bermula antara tahun 2027 dan 2028 nanti.

Sumber: IFLS

Baca juga:

  • Penemuan Salutan Misteri Berwarna Ungu Pada Batuan Marikh Menghairankan Saintis NASA
  • NASA Menawarkan Simulasi Pengalaman Tinggal Di Marikh Selama Setahun
  • Helikopter NASA Di Planet Marikh Dikuasakan Oleh Cip Qualcomm Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY