Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo reno6 dan reno6 z

Pra-Tempahan Awal Siri OPPO Reno6 Bermula Hari Ini

Diterbitkan Julai 29, 2021 ยท Dikemas kini Julai 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, OPPO Reno6 dan Reno6 Z akan dilancarkan buat pasaran tempatan pada 5 Ogos depan. Namun, sekiranya anda tidak sabar untuk memiliki peranti terbaharu tersebut, pra-tempahan awal sudah boleh dibuat bermula hari ini sehingga 4 Ogos 2021.

Bukan itu sahaja, bagi setiap pembeli awal dalam tempoh ini, anda bakal menerima hadiah percuma yang bernilai RM779. Ini termasuk hadiah seperti Enco Buds, Powerbank, OPPO Smart Tag, pembesar suara Bluetooth dan 1 tahun storan awan HeyTap sebanyak 1TB.

OPPO Reno6 Z dan Reno 6

Tambahan lagi, 300 pembeli terawal melalui Shopee turut menerima “mystery box” bernilai RM99. Untuk membuat pra-tempah, wang pendahuluan sebanyak RM100 perlu dibuat di OPPO Brand Stores atau rakan pengedar yang sah.

Manakala pra-tempah yang dilakukan di OPPO Online Store, hanya perlu deposit RM19.90 sahaja dan akan menerima baucar RM120 bersama-sama Powerbank.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga artikel berkaitan:

  • OPPO Menjelaskan Kenapa Pengecasan Pantas 125W Mereka Belum Ditawarkan Sehingga Kini
  • Nokia XR20 Dilancarkan – Sebuah Telefon Pintar Tahan Lasak
  • Bukan 895, Mungkin Cip Snapdragon 898 Yang Akan Diperkenalkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY