Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo y33s malaysia

Pra-Tempah vivo Y33s Bermula Hari Ini, Kamera 50MP Dengan Harga RM999

Diterbitkan September 7, 2021 oleh Amsyar Latif

vivo baru sahaja membawa masuk telefon pintar terbaharu ke Malaysia, iaitu vivo Y33s dengan harga RM999. Telefon ini menampilkan rekaan nipis dengan sisinya rata.

vivo Y33s dilengkapi skrin 6.58 inci IPS LCD beresolusi FHD+ dengan lensa swafoto 16MP. Sementara terdapat 3 lensa belakang yang merangkumi 50MP utama, 2MP makro dan 2MP bantuan bokeh.

vivo y33s pre-order

Ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan bersama 8GB RAM dan 4GB RAM maya serta storan 128GB. Melengkapkannya, bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

vivo y33s bundle

Sekiranya anda berminat, pra-tempah bermula hari ini, 7 September hingga 10 September di Shopee, Lazada atau vivo Store. Setiap tempahan juga bakal menerima hadiah percuma vivo backpack, Netflix Gift Card dan 1 tahun jaminan perlindungan skrin.

Menariknya lagi, terdapat juga pembelian bundle bersama Instax Mini 9 bernilai RM188 atau Instax Mini Link Printer yang berharga RM388.

Baca juga:

  • vivo Terus Kuasai Pasaran Telefon Pintar 5G Di Rantau Asia Pasifik
  • Siri vivo X70 Bakal Tiba Di Malaysia, Naik Taraf Gimbal Dan Guna OriginOS
  • U Mobile Dah Ada Jalur Lebar ‘Fibre’ Tanpa Had, 100Mbps Serendah RM64.50

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY