Pra-Tempah OPPO A9 2020 Dan Dapatkan Waranti Tambahan 1 Tahun

OPPO A9 2020 telah pun dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu dengan harga pasaran RM1199 yang akan dijual di kedai-kedai jualan yang sah termasuklah di dalam talian. Pengumuman ini merupakan satu berita yang menggembirakan bagi para peminat OPPO yang menantikan kemunculan peranti ini.

Kapsyen: (Dari kiri) Gene Lim Shoun-Jo, Pengurus Kategori Elektronik Lazada; Gary Gong, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia; Yoo Seong Hoon, Naib Presiden Shopee bahagian Mobile & Tablet; dan Isaac Lee


OPPO juga turut memberi satu khabar gembira lagi buat peminat tegar mereka apabila menawarkan pra tempah OPPO A9 2020 dengan adanya kerjasama daripada rakan kongsi kedai rangkaian seperti Senheng dan senQ, serta rakan-rakan E-dagang mereka, iaitu Lazada dan Shopee.

Bermula hari ini hingga 27 September 2019, buatlah pra tempah telefon pintar OPPO A9 2020 anda di kedai Senheng dan senQ yang berdekatan bagi menikmati faedah eksklusif seperti tambahan 1 tahun jaminan. Mereka juga turut memudahkan perancangan kewangan pelanggan dengan menawarkan pelan pembayaran mudah daripada faedah 0% sehingga 24 bulan.


Selain itu, pihak Senheng dan senQ juga telah menyediakan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM370, termasuklah beg berjenama OPPO yang bernilai RM159, jaminan perlindungan skrin bernilai RM99 serta kad MikroSD 32GB yang bernilai RM112. Kad MikroSD 32GB ini hanya tersedia untuk 500 pelanggan pertama yang ingin mendapatkan OPPO A9 2020 sahaja.

Tawaran-tawaran menarik di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran pra pesanan di Senheng dan senQ, boleh layari laman web rasmi Senheng.

Sementara itu, pelanggan juga boleh menempah OPPO A9 2020 pada platfom E-dagang seperti Lazada dan Shopee dari 23 September hingga 25 September 2019.



Sepanjang tempoh pra pesanan, pelanggan Lazada turut akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM258 dan boleh menikmati pulangan wang tunai sehingga 5% yang bernilai RM59.95 untuk Lazada Wallet mereka. Bagi pelanggan setia Shopee pula, mereka akan menerima hadiah eksklusif sehingga RM347 serta 3000 Shopee Coins.



OPPO A9 2020 menggabungkan ciri berkualiti tinggi dengan kemampuan bersama ciri-ciri fotografi yang cemerlang seperti 48MP Kuad Camera, 8GB RAM dan 128GB memori penyimpanan untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Tersedia dengan kapasiti bateri 5000mAH yang besar.

Jadi, tempah OPPO A9 2020 anda sekarang dan rasailah kelebihan yang ditawarkan!