Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
surface laptop go

Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop Go Mulai Hari Ini, Harga Bermula RM2758

Diterbitkan November 5, 2020 oleh Amsyar Latif

Awal bulan lalu, Microsoft telah melancarkan komputer riba mampu miliknya – Surface Laptop Go. Kini, ia sudah tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2,758 dan pra-tempat mulai hari ini.

1_LR surface laptop go

Dengan harga ditawarkan, ia menjanjikan keseimbangan sempurna antara gaya, prestasi dan hayat bateri serta ia lebih kecil dan ringan.

Komputer riba ini dipacu pemproses Intel Gen-10 i5 Quad-Core dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 256GB.

2_LR surface laptop go

Berbekalkan hayat bateri sehingga 13 jam, ia mampu bertahan penggunaan seharian dan menyokong pengecasan pantas.

Kamera 720p HD dan mikrofon Studio Mics terbina didalam membuatkannya sesuai digunakan ketika bekerja atau belajar dalam talian.

Bagi anda yang berminat, Surface Laptop Go kini boleh di pra-tempah mulai hari ini melalui wakil penjual komersial yang sah dan boleh didapati secara umum pada 24 November 2020.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY