Microsoft Melancarkan Surface Laptop Go - Komputer Riba Surface Yang Lebih Mampu Milik

Seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu, Microsoft hari ini akhirnya telah melancarkan sebuah komputer riba Surface yang lebih mampu milik iaitu Surface Laptop Go.

https://youtu.be/kp4Acofumyg

Surface Laptop Go merupakan sebuah komputer riba yang lebih kecil dan ringan dengan skrin sentuh 12.4 inci.



 

Ia dijana oleh cip Intel Core i5 Gen-10 dengan padanan 4GB/8GB RAM serta menawarkan ketahanan bateri 13 jam.

Dari segi I/O, ia mempunyai satu USB-C, satu USB-A, bicu audio dan juga soket Surface Connect untuk kuasa.

Komputer riba ini turut juga mempunyai kamera web 720p HD dan kualiti mikrofon setanding studio menurut Microsoft.

Papan kekuncinya adalah bersaiz penuh manakala pad sesentuh yang besar.

Antara ciri lain adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, sokongan Wi-Fi 6 dan juga Bluetooth 5.



Di Amerika Syarikat, Microsoft Surface Laptop Go dijual pada harga $549 (~RM2,283). Kemasukannya ke Malaysia masih belum diketahui lagi buat masa ini.

Sumber: Microsoft