Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
portal halal malaysia

Portal Rasmi Halal Malaysia Digodam

Diterbitkan Disember 13, 2023 · Dikemas kini Disember 13, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa portal rasmi Halal Malaysia telah dikesan mula diceroboh pada 9 Disember lalu.

Berkaitan

  • Mufti WP: Hukum 'Cash-Out' Kredit RM100 eMADANI

Sebagai tindakan segera, pihak JAKIM telah mengambil langkah menurunkan portal rasmi Halal Malaysia bagi membolehkan pasukan teknikal ICT JAKIM menjalankan siasatan dan melakukan langkah-langkah keselamatan yang perlu mengikut SOP ditetapkan.

portal halal malaysia_

Berikutan penggodaman itu, portal rasmi Halal Malaysia di pautan www.halal.gov.my tidak lagi digunakan seperti sebelum ini. Sebaliknya, pengguna boleh mengakses portal Halal Malaysia di pautan terkini melalui www.halal.gov/v4.

Dalam pada itu, JAKIM turut mengatakan insiden pencerobohan tersebut tidak merencatkan proses permohonan pensijilan halal Malaysia. Bagi tujuan semakan status halal sesuatu produk atau premis, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Verify Halal dan Smart Halal yang boleh dimuat turun daripada Google Play atau App Store.

Sumber: JAKIM (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY