POCO X3 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada Hujung Bulan Ini

Jika peminat POCO sudah menerima khabar gembira berkaitan kehadiran POCO F3 ke tanah air, kini POCO mengacah sebuah lagi telefon yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi surat dari POCO kepada peminatnya, POCO X3 Pro berkemungkinan akan dilancarkan pada hujung bulan ini iaitu pada 30 Mac.

https://twitter.com/IndiaPOCO/status/1369569483870728196?s=20

Perkara ini boleh dikatakan benar kerana POCO X3 Pro sudah pun menerima pengesahan SIRIM pada awal Februari yang lalu. Jadi, ia tidak pelik sekiranya dilancarkan pada bulan ini.

Walau bagaimanapun, telefon ini masih belum diketahui sama ada ia dijenamakan semula daripada telefon Xiaomi atau Redmi memandangkan POCO F3 di India dipanggil sebagai Mi 11X.

Ura-ura mengatakan ia bakal dijana cip Snapdragon 860 dan dipadankan 6GB/128GB serta 8GB/256GB. Turut dilengkapi paparan 120Hz dan dimuatkan bateri 5200mAh.

Kami menjangkakan harga jualan POCO X3 Pro lebih murah daripada POCO F3 dan mungkin perbezaan harga adalah tidak banyak.

Sumber: POCO via gsmarena