Mengimbas kembali, POCO X3 NFC hadir dengan dua pilihan warna iaitu Shadow Gray dan Cobalt Blue. Peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan setinggi 240Hz. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 732G dan dipadankan dengan memori 6GB+64GB dan 6GB+128GB.
Kamera belakang dimuatkan dengan tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama dengan sensor Sony IMX682, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Selain itu, ia hadir dengan kapasiti bateri 5160mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB Type-C.
Untuk jualan pertama POCO X3 NFC di Lazada, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi RM799 bagi varian 6GB+64GB. Sementara, varian 6GB+128GB pula berharga RM949 (harga normal RM1099). Sebagai tambahan, 100 pelanggan pertama akan menerima BlackShark Fun Cooler secara percuma.
Berkaitan
- U Mobile Dikatakan Akan Menaiktaraf Pelan Prabayar GX30 Dan GX38 Dengan Kelajuan 6Mbps
- Poco M2 Pro Akan Diperkenal Pada 7 Julai Ini
- POCO X3 NFC Akan Diperkenal Pada 7 September Ini
- POCO Bakal Lancarkan Model Baharu Tidak Lama Lagi
- realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB
- Touch 'n Go Perkenal Edisi Khas TNG Charm, Boleh Guna Seperti TNG NFC
- Poco F2 Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Serendah RM1519
- POCO Akan Melancarkan Telefon Pintar Terbaru Pada 22 Mac Ini
- OPPO Find X3 Pro Dijangka Hadir Dengan Panel 120Hz, 50MP Kamera Dan Cip Snapdragon 888
- Terima Pengesahan SIRIM, POCO X3 Pro Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi