Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 10 5G wide

POCO M3 Pro Mungkin Dijenamakan Dari Redmi Note 10 5G

Diterbitkan April 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada bulan yang lepas, peminat POCO kembali bersorak ketika POCO F3 diumumkan. Ini kerana spesifikasi serta harga jualannya yang amat berbaloi.

Namun, sebuah lagi siri POCO yang pertama kali dilancarkan tahun lalu, POCO M3 dijangka akan menerima versi Pro tahun ini.

Berdasarkan maklumat yang bocor, peranti ini telah tersenarai dan menerima perakuan di India dan Amerika Syarikat. Akan tetapi, ia dikhabarkan hanyalah dijenamakan semula dari Redmi Note 10 5G.

Tambahan lagi, ia mungkin akan menerima perubahan sedikit pada modul bagi mengekalkan rupa bentuknya.

Adakah Ini Rekaan POCO M3 Yang Didakwa Tertiris?

Spesifikasinya pula dijangka tampil sama seperti paparan 6.5 inci IPS dengan kadar penyegaran 90Hz. Turut dikuasakan cip Dimensity 700 dan padanan memori 4/6GB RAM serta storan dalaman 64/128GB.

Bateri pula diberikan sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W atau 22.5 W. Untuk kamera, ia dilengkapi tiga tetapan bahagian belakang.

Pun begitu, peranti Redmi Note 10 5G ini juga dilaporkan bakal dijenamakan semula untuk Redmi 20X pula di China.

Walaupun POCO kini bergerak sebagai syarikat sendiri tetapi setakat ini, kesemua barisan POCO hanyalah dijenamakan daripada telefon Xiaomi.

Sumber: gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY