Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poco m3

POCO M3 Rasmi Pada Harga Bermula RM599

Diterbitkan November 24, 2020 · Dikemas kini November 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Namanya sudah disebut-sebut sejak seminggu yang lepas, POCO M3 akhirnya tampil rasmi diperkenalkan hari ini. Hadir didalam kelas pertengahan, penawaran terbaharu daripada POCO bakal dijual pada tanda harga RM599 dan RM699 untuk pasaran Malaysia.

POCO M3 Rasmi Pada Harga Bermula RM599

Melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, POCO M3 dikuasakan oleh Snapdragon 662, RAM 4GB, serta pilihan storan antara 64GB (UFS 2.1) atau 128GB (UFS 2.2).

Skrin pula menampilkan jenis LCD 6.53 inci dengan resolusi FHD+ dan dilindungi Corning Gorilla Glass 3. Tiada perlindungan di panel belakang dan untuk bahagian ini mempunyai tiga warna pilihan, Cool Blue, POCO Yellow serta Power Black.

POCO M3_01

Antara ciri yang menarik ada pada POCO M3 adalah kapasiti bateri sebesar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui port USB-C. Namun begitu, POCO menyediakan pengecas 22.5W di dalam kotak.

Konfigurasi kamera pula memperlihatkan sensor 48MP digandingkan bersama 2MP makro dan 2MP untuk bantuan rakaman bokeh. Sementara itu, rakaman hadapan pula ditugaskan kepada sensor 8MP.

Spesifikasi lain yang terdapat pada peranti ini adalah seperti pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, dua slot kad SIM, satu slot kad MikroSD (sehingga 512GB), pemancar IR, sokongan WiFi 2.4GHz/5GHz serta imbasan cap jari pada butang kuasa.

Berita baik buat anda yang berminat, kedua-dua variasi yang ditawarkan bakal mendapat potongan harga RM499 dan RM599. Tetapi harga ini terhad kepada pembeli terawal sahaja.

POCO M3 Rasmi Pada Harga Bermula RM599

POCO M3 bakal dijual di Malaysia pada 27 November pada tarikh berkenaan, pembelian akan disertakan sekali dengan Mi Basic Piston Earphone.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY