Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO M2 Reloaded Wide

POCO M2 Reloaded Akan Diperkenalkan Pada 21 April

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Imbas kembali, POCO M2 dilancarkan sekitar September tahun lalu yang mana menampilkan paparan luas serta bateri lebih besar.

Kini, POCO India melalui Twitter rasminya telah mengumumkan kehadiran POCO M2 Reloaded dimana akan diperkenalkan pada 21 April ini.

Mungkin selepas mendengar nama ‘reloaded‘ anda menjangkakan naik taraf spesifikasi peranti tersebut. Akan tetapi, hanya varian sahaja berubah.

🕛 to redefine your 🅜ulti-🅜edia experience.#POCOM2 Reloaded is arriving on 21st April, 12PM on @Flipkart: https://t.co/7Z444Ut5Eh pic.twitter.com/GhPZKUEAUS

— POCO India (@IndiaPOCO) April 18, 2021

Jika POCO M2 menawarkan varian 6/64GB atau 6/128GB, POCO M2 Reloaded ini hanya mempunyai memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB sahaja.

Lain-lain spesifikasi adalah masih sama seperti bateri 5000mAh, kuad kamera, skrin 6.53 inci FHD+ LCD dan cip MediaTek Helio G80. Dari segi harga, ia dijangka dijual dengan sangat murah.

Persoalan di sini kenapa POCO ingin melancarkan peranti tersebut? Walau bagaimanapun, belum pasti sama ada ia akan hadir buat pasaran tempatan atau tidak.

Sumber: POCO India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY