Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Langsung Dari WhatsApp

PM Mahu Perkhidmatan Jalur Lebar Berkualiti Tinggi Disediakan Kepada Rakyat

Diterbitkan Oktober 27, 2020 oleh ariff bukhari

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini menggesa semua pihak yang terlibat supaya memudah cara perancangan dan pembinaan infrastruktur digital, terutama di peringkat negeri dan kerajaan tempatan bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi disediakan kepada rakyat.

Kenyataan tegas itu dinyatakan menerusi laman rasmi FB beliau hari ini dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-36 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri secara sidang video pada hari ini.

YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kebergantungan yang tinggi terhadap liputan jalur lebar yang berkualiti tinggi amat mustahak khususnya di era pandemik COVID-19.

Perdana Menteri sebelum ini telah pun mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan komunikasi untuk membangunkan pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan rakyat.

Pelan yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY