Bagi menyelesaikan perkara tersebut, PLUS Malaysia sudah menjalankan langkah menghentikan lorong tambah nilai sejak 1 Ogos 2019 yang lalu di wilayah Tengah (laluan Seremban sehingga Ipoh Selatan) dan melalui polisi tersebut, syarikat pengendali lebuhraya itu menyatakan kesesakan dapat dikurangkan sehingga 48.2% iaitu daripada 42,500 kenderaan kepada 22,000 kenderaan berdasarkan statistik yang direkodkan oleh PLUS.
Melihat kepada hasil itu, langkah penghentian lorong tambah nilai terbabit akan diluaskan lagi pelaksanannya ke wilayah Utara dan Selatan tidak lama lagi.
Selain daripada kesesakan, penghentian perkhidmatan lorong tambah nilai juga adalah untuk memastikan keselamatan kakitangan perkhidmatan pelanggan PLUS ekoran daripada beberapa kes kenderaan berat melanggar pondok tol.
PLUS turut menasihatkan pengguna lebuhraya supaya merancang perjalanan dan memastikan kad Touch 'n Go sentiasa mempunyai baki yang cukup sebelum memasuki lebuhraya.
Sumber: PLUS
Berkaitan
- Xiaomi Dengan Rasminya Mengumumkan MIUI 10
- Ada Laporan Huawei Tengah Bangunkan Pengecasan 90W
- Naib Presiden Huawei Sahkan HongMeng OS Bukan Untuk Telefon Pintar
- µTorrent Dilapor Mempunyai Kelemahan Sekuriti
- Syarikat Telco Malaysia Bekerjasama Menaik Taraf HSE
- Beli iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dengan Rebat Tunai Sehingga RM300, Percuma Powerbank Bernilai RM99
- DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR
- Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk
- Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720
- Saluran Filem Astro Ditawarkan Percuma Bermula Esok