Namun begitu, ia secara tidak langsung merosakkan industri kerana ia bukanlah rasmi dari seseuatu pengeluar. Boleh jadi ada kerosakan, perisian tambahan atau lain-lain yang boleh menyusahkan pengguna.
Ini adalah mengapa kerajaan giat untuk membanteras kegiatan cetak rompak. Terkini, berikutan lambakan produk cetak rompak yang dijual di platform e-dagang, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak akan menyekat platform tersebut.
SKMM menyatakan bahawa tindakan menyekat ini akan dilakukan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain yang menjual mana-mana barangan cetak rompak selepas ini akan diperhatikan oleh pihak SKMM secara rapat.
Kenyataan ini lebih ditujukan kepada penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak disebabkan sebelum ini banyak filem-filem sebegitu dijual dalam harga rendah tidak masuk akal.
Walau bagaimanapun, sudah tentu pengurusan platform e-dagang akan lebih berhati-hati dan teliti untuk memastikan produk yang ditawarkan lebih mengikut panduan dari kerajaan.
Berkaitan
- Ini Caranya Untuk Semak Perubahan Harga Jualan Lazada Dan Shopee Dengan Mudah
- #KitaBantuKita - Program Jimat Belanja Kerjasama Lazada Dan TNG Digital Untuk Pemulihan Covid-19
- Ini Cara Nak Tahu Berapa Banyak Dah Habiskan Duit Di Shopee
- Nokia Kini Mempunyai Kedai Atas Talian Rasmi Di Shopee
- SKMM Pinta Twitter Padam Tweet Kritik Kerajaan Untuk Jaga Kepentingan Negara
- Hari Ini Sahaja - realme X3 SuperZoom Dijual Di Lazada Serendah RM1,399
- Black Shark 3 Pro Kini Di Malaysia Berharga RM4,199 - Jualan Eksklusif Shopee Bermula 4 Jun
- MCMC Senaraikan Garis Panduan Perkhidmatan Pos, Kurier Dan Penghantaran Barang
- Jakim Rujuk SKMM Isu Pelakon Tak 'Sedar' Berlakon Dalam Drama Gay
- realme Rekod Hasil Jualan Memberansangkan Ketika Kempen Lazada Salam Mubarak