Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-06-04 104457

Pixel Buds A-Series Rasmi, Fon Telinga TWS Terbaru Google

Diterbitkan Jun 4, 2021 ยท Dikemas kini Jun 5, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini Google telah melancarkan dua peranti Pixel Buds iaitu pada tahun 2017 dan 2020 (TWS). Kedua-dua peranti ini boleh dikatakan kurang mendapat sambutan berbanding pesaingnya Airpods.

Selepas beberapa gambar dan khabar angin, fon telinga TWS terbaru Google Pixel Buds A-Series kini rasmi di US dan Canada pada harga $99 (RM409).

Baca juga – Fon Telinga TWS Terbaru Xiaomi Diperkenal 13 Mei Ini

Walaupun harganya jauh lebih murah daripada Pixel Buds 2020, ia tetap mempunyai kualiti bunyi yang sama dengan fungsi “Hey Google”.

Selain itu, rekaan TWS ini dilihat kecil sedikit dari sebelumnya untuk dapat padanan telinga lebih selesa dan selamat. Tambahan pula, ia turut dilengkapi ciri tahan air dan peluh IPX4.

Seterusnya, fon telinga ini mempunyai hayat bateri lima jam dengan pengiraan 24 jam pengecasan semula. Kata Google, ia boleh bertahan sehingga tiga jam masa mendengar dengan caj pantas 15 minit.

Namun, Pixel Buds A-Series kekurangan ciri pengecasan tanpa wayar, pembatalan bunyi aktif (ANC), dan kawalan sentuh untuk volume.

Baca juga – Fon Telinga Baharu Sony Akan Diumum Pada 9 Jun Ini

Fon telinga TWS Pixel Buds A-Series ini didatangkan dengan dua warna iaitu Dark Olive dan Clearly White.

Sumber: Made By Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY