Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fon Telinga TWS Terbaru Xiaomi Diperkenal 13 Mei Ini

Posted on Mei 11, 2021

Selepas pelancaran Mi Air 2 Pro Oktober tahun lalu, Xiaomi akan memperkenalkan fon telinga TWS terbaru pada 13 Mei ini.

gambar dari weibo Xiaomi Smart Life

Difahamkan, fon telinga terbaru ini akan menyokong fungsi pembatalan bunyi aktif sehingga 40dB dan mempunyai rekaan “all-in-ear”.

Berbeza dengan fon telinga sebelumnya yang berwarna putih, kali ini ia akan hadir dengan warna hitam.

gambar dari weibo Xiaomi Smart Life

Selain itu, Xiaomi turut kongsikan poster rasmi yang menunjukkan rekaan bulat untuk bekas (case) yang diinspirasi logo terbaru mereka.

Xiaomi juga dikatakan akan mendaftar dan menggunakan FlipBuds dan FlipBuds Pro sebagai tanda dagang untuk produk terbaru mereka.

Baca juga – Tiga Telefon Xiaomi Akan Dilancar Buat Pasaran Tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai fon telinga terbaru ini, nantikan pengumuman dan pengenalan oleh Xiaomi pada 13 Mei 2021.

Sumber: gsmarena dan weibo Digital Chat Station

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress