Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 7

Pixel 8 Pro Dilapor Hadir Dengan Skrin Rata, Pixel 8 Pula Lebih Kecil

Diterbitkan Jun 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Pixel 8 dijangka akan diperkenal pada umum pada bulan September atau Oktober 2023. Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat terkini tentang paparan siri Pixel terbaru ni.

pixel 8 leak skrin

Pertama, saiz paparan Pixel 8 akan dikecilkan ke 6.17″ berbanding 6.3″ pada model standard sebelum ini. Pixel 8 Pro pula akan kekal dengan saiz 6.7″ akan tetapi hadir dengan skrin rata. Ini pastinya berita gembira untuk kebanyakan pengguna.

Bukan itu sahaja, malah bucu peranti kedua-dua ini juga akan lebih membulat dan pastinya memberi lebih keselesaan pada pengguna.

Ini bermakna paparan Pixel 8 tidak sepetak model-model terdahulu.

Pixel 8 Pro Dilapor Hadir Dengan Skrin Rata, Pixel 8 Pula Lebih Kecil

Untuk jenis skrin pula, sumber berkata Google akan kekal dengan OLED. Pixel 8 Pro akan kekal menggunakan panel daripada Samsung tetapi Pixel 8 pula mempunyai 2 pembekal.

Ia sama ada menggunakan panel Samsung atau BOE atau mungkin kedua-duanya.

Hal ini kerana Google masih mengujinya dan kedua-dua yang sedang mempunyai spesifikasi yang sama.

pixel 7 pro

Bagi resolusi pula, Google menetapkan resolusi yang lebih rendah untuk Pixel 8 Pro iaitu 2992 x 1344 berbanding 3120 x 1440. Maka, ketumpatan pikselnya juga menurun daripada 512 PPI ke 490 PPI.

Pixel 8 bagaimanapun masih kekal dengan resolusi sama walaupun ketumpatan pikselnya sedikit tinggi daripada sebelumnya iaitu 427 PPI daripada 417 PPI.

Google Pixel 7 Pro Camera test : is it the best camera out there ?

Soal puncak kecerahan skrin pula, Pixel 8 Pro jauh lebih terang daripada Pixel 7 Pro iaitu 1600 nit berbanding 1000 nit.

Pixel 8 pula mempunyai puncak 1400 nit berbanding Pixel 7 setinggi 1000 nit.

Berkenaan kadar segar semula pula, Pixel 8 akan mempunyai refresh rate setinggi 120Hz.

Google Pixel 7 Pro smooth display setting

Kalau Pixel 8 Pro pula, ia mendapat refresh rate yang lebih pelbagai. Maksudnya di sini, ia mempunyai lebih banyak tahap iaitu 5 Hz, 10 Hz, 30 Hz, 60-120Hz.

Pixel 7 Pro dulu hanya setakat 30 Hz, 60 Hz, 120 Hz.

Berkaitan

  • Samsung Dilapor Sedang Menguji Generasi Baru Tensor, Sedia Untuk Pixel 8
  • Pixel 8 Pro Didakwa Hadir Dengan Rekaan Yang Sama
  • Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera
  • Google Perkenal Pixel Tablet - 10.95", 8GB RAM, Tensor G2
  • Ini Sejumlah Naik Taraf Kamera Yang Dijangka Hadir Untuk Google Pixel 8

Antara kebaikan mempunyai lebih banyak takat refresh rate ini ialah dapat mengurangkan isu screen tearing serta kandungan dipaparkan dapat dipadankan dengan kadar segar yang lebih tepat.

Pixel 8 Pro Dilapor Hadir Dengan Skrin Rata, Pixel 8 Pula Lebih Kecil

Dengan serendah 5Hz, jam pada mod paparan kekal (AOD) juga dapat menjimatkan bateri.

Itu sahaja maklumat daripada orang dalam Google, menurut laporan Android Authority. Sama-sama kita nantikan apa pula ura-ura selepas ini.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY