Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 6

Pixel 6 Mungkin Datang Dengan Rekaan Seperti Ini

Diterbitkan Jun 16, 2021 oleh Wiser MY

Anda mungkin sudah maklum, rekaan telefon pintar Google Pixel 6 sudah tertiris lebih awal yang tampil dengan rekaan bonggol kamera yang lain daripada lain.

Terbaru, imej rangka plastik lut sinar yang padan dengan rekaan unik Pixel 6 pula diperlihatkan oleh Ice Universe di laman Twitternya. Ini sedikit sebanyak menguatkan lagi desas-desus mengenai rekaan yang tersebar sebelum ini.

Baca juga – Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon

Google Pixel 6 pic.twitter.com/kOczGk0PRz

— I'm back! (@UniverseIce) June 15, 2021

Imej yang dikongsi menunjukkan rangka ini mempunyai ruang segi empat tepat untuk bonggol kamera dan dilindungi dua sisi melengkung.

Selain itu, sisi rangka itu juga dilengkapi ruang untuk butang kuasa dan volume serta lubang untuk pembesar suara stereo dan mikrofon. Malangnya tiada tanda-tanda lubang untuk bicu audio 3.5mm.

Pixel 6 Mungkin Datang Dengan Rekaan Seperti Ini
gambar oleh Yanko Design

Setakat ini ramai menyukai rekaan unik dan baru yang diperkenalkan oleh Google ini. Tetapi ada juga sebahagiannya yang tidak suka kerana bonggol kamera akan tampil lebih besar apabila ditambahkan dengan rangka keselamatan.

Baca juga – Kamera Google Pixel Mungkin Dapat Ciri Terbaru Ini

Sumber: Ice Universe

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY