Pixel 4 XL Mungkin Hadir Dengan Skrin Tanpa Takuk

Kebanyakkan daripada kita mungkin sudah boleh menggambarkan peranti generasi akan datang keluaran Google melalui perkongsian imej yang dibuat bulan lalu. Namun begitu, Google hanya mengacah panel belakang sahaja dan membiarkan peminat berteka-teki dengan panel hadapan Pixel 4.

Terbaru, akaun Twitter @OnLeaks tampil berkongsikan imej yang dikatakan sebagai Pixel 4  XL dengan skrin tanpa takuk tetapi diiringi bersama bezel sedikit tebal. "Dahi" pada skrin kelihatan menghimpunkan beberapa ciri seperti earpiece, dwi lensa kamera rakaman hadapan serta sensor.


Sensor cap jari fizikal juga tidak kelihatan pada, membayangkan Pixel terbaru ini mungkin menggunapakai sensor imbasan pada paparan skrin. Atau mungkin juga ciri imbasan wajah yang lebih baik.



Spekulasi turut menyatakan Pixel 4 XL ini hadir dengan saiz berukuran 160.4 x 75.2 x 8.2mm dengan ketebalan dinaikkan kepada 9.3mm bagi mengurangkan bump pada kamera. Anda salah seorang peminat pengguna Pixel atau peminat siri ini? Bagaiamana dengan perkhabaran rupa paras model akan datang ini?

Sumber: @OnLeaks dan Pricebaba