Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Kini Berkuat Kuasa

Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Kini Berkuat Kuasa

Diterbitkan Februari 12, 2025 oleh Amalina Athman

Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mula berkuat kuasa pada 11 Februari 2025, selepas diwartakan pada 7 Februari lepas.

Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa pindaan akta yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Disember lalu bertujuan mewujudkan ekosistem Internet yang lebih selamat dan lestari untuk pengguna.

..sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.

Persidangan Dewan Rakyat pada 9 Disember 2024 meluluskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 melalui undi belah bahagi dengan 59 Ahli Parlimen menyokong, 40 menolak, seorang berkecuali serta 122 tidak hadir.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan berkata Seksyen 233 di bawah Akta 588 tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial, khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.

Bagi pindaan Seksyen 211, ia tidak terpakai kepada orang awam, tetapi penggunaannya adalah kepada pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dengan denda dalam seksyen berkenaan diselaraskan mengikut perkembangan semasa.

Pindaan itu juga memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Kementerian Komunikasi (KK/@komunikasi_gov) telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC/@MCMC_RASMI ).

Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam… pic.twitter.com/tNVhiPEZ32

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 11, 2025

Berkaitan

  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kerajaan Tak Berhasrat Hadkan Umur Untuk Akses Media Sosial - Fahmi
  • Pengguna 5G Di Malaysia Kini Cecah 53.35% - Fahmi Fadzil
  • PETRONAS Telah Lancarkan 4 Rangkaian 5G Persendirian Dengan Sokongan MCMC

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY