Pelancaran aplikasi PicknGo itu telah berlangsung petang tadi dan turut hadir sama adalah...
- Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri di JPM)
- Valerie Chan (Pengarah Eksekutif PicknGo).
Aplikasi PicknGo disasarkan untuk membantu pemandu teksi dari segi sokongan sistem bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
Selain itu, menurut laman Lowyat.net, kaedah bayaran PicknGo boleh dibuat melalui kad debit dan kad kredit, sedikit berlainan dari servis e-hailing yang lain.
Menurut Valerie Chan, untuk menjamin perkhidmatan yang lebih baik, setiap pemandu teksi yang ingin menyertai PicknGo diwajibkan untuk menyertai kursus latihan dan kenderaan yang digunakan akan diperiksa sebelum dibenarkan berkhidmat.
Berdasarkan reaksi pemandu teksi yang turut hadir pada acara pelancaran ini, aplikasi PicknGo hadir pada masa yang tepat kerana rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan telefon pintar.
Sumber: The New Straits Times dan Lowyat.net
Berkaitan
- Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz
- Pembangun Aplikasi Untuk Windows Phone Antara Yang Terkorban Dalam Tragedi Tembakan Christchurch
- Masih Mencari Meja Komputer Yang Sesuai? Gaze Desk Mungkin Pilihan Anda
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam
- Pengguna Membelanjakan Hampir $60Bilion Pada Aplikasi Sepanjang Tahun 2017
- Huawei Nova 5T Mula Terima Kemaskini EMUI 10 Berasaskan Android 10
- realme Beri Diskaun Sehingga RM300 Untuk Peranti Terpilih, Promosi Hari Ini Sahaja
- TheNoor, Aplikasi Waktu Solat Dari Neelofa Kini Sudah Boleh Dimuat Turun
- Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia
- Popular Dalam Kalangan Negara Bertanding Antara Sebab PES 2018 Dipertandingkan Di Sukan Asia 2018